Mengenai Saya
Fokus anda pada bisnes, hal digital biar saya uruskan.
Kenali Saya
Saya bantu bisnes anda tarik perhatian & bina kepercayaan di platform digital.
Latar Belakang Saya
Hai! Saya Ikmal Roslan, seorang pereka laman web, pereka grafik dan pakar pemasaran digital yang komited membantu bisnes kecil dan sederhana membina kehadiran profesional di internet.
Saya percaya setiap jenama — tak kira besar atau kecil — layak untuk tampil yakin dan meyakinkan secara online. Di sinilah kepakaran saya membantu anda.
Dengan pengalaman lebih 7 tahun dalam dunia digital, saya telah bekerjasama dengan pelbagai pemilik bisnes, usahawan dan organisasi untuk:
-
Membina laman web profesional
-
Menyusun strategi pemasaran tanpa iklan berbayar (organic marketing)
-
Menjana pelanggan melalui rekaan grafik & visual yang menarik
-
Meningkatkan ranking Google melalui teknik SEO yang berkesan
Setiap projek saya jalankan dengan teliti, jelas dan mesra — supaya anda rasa yakin sepanjang proses.
Saya percaya kejayaan digital bermula dengan strategi yang jelas dan visual yang kuat.
Visi Saya pula - Menjadi rakan digital yang dipercayai oleh pemilik bisnes kecil dan sederhana untuk bantu mereka grow secara konsisten di dunia online – tanpa pening kepala, tanpa bajet besar.
Saya bukan sekadar fokus pada design yang cantik semata, tapi lebih kepada penyelesaian yang berfungsi dan beri hasil. Komunikasi saya juga mudah difahami – tiada istilah teknikal yang memeningkan kepala. Setiap projek saya jalankan dengan menepati masa dan bajet yang dipersetujui, tanpa kos tersembunyi. Objektif saya jelas: bantu anda dapat hasil sebenar dari dunia digital, bukan sekadar ada website atau design sahaja.
Banyak Tips & Ilmu Menarik Kat Sini – Jom Baca Blog Saya!
Dalam blog ni, saya kongsikan pelbagai tips, idea, dan pengalaman sebenar tentang dunia digital, bisnes, dan branding — semua ditulis dengan bahasa yang santai dan mudah faham.
Perjalanan Saya
Setiap Projek, Satu Cerita Berjaya
Memulakan langkah
Mempelajari dan mendalami ilmu digital marketing di dalam dan luar negara.
2021
Musim Covid
Masa utk upgrade ilmu, tingkatkan skill dan tambah pelanggan sediada.
2022 - 2024
Expand Database
Bantu Lebih Ramai Pelanggan dari pelbagai niche berbeza
From Local to Global
Melangkah ke pasaran luar negara yang lebih mencabar dan unik.
Kepakaran Saya
Apa Yang Saya Tawarkan
Saya bantu bina website guna WordPress & Ecommerce yang nampak kemas dan mudah guna.
Kalau perlukan design logo, poster atau content untuk media sosial, itu pun saya boleh tolong. Nak naikkan branding & tarik pelanggan tanpa guna iklan pun boleh — saya uruskan content planning & strategi organik.
Kalau anda nak trafik cepat, saya boleh setup iklan guna Facebook Ads & Google Ads. Dan untuk yang nak laman web senang dijumpai kat Google, saya juga buat SEO.
Senang cerita, semua pasal digital – saya cover!
Kenali saya dan servis saya details di laman utama.
Jangan Biarkan Idea Terperam — Jom Hidupkan Sekarang!
Setiap idea ada potensi. Jangan tunggu lama — mula sekarang dan lihat bagaimana ia boleh berkembang.