Web Design
Design kemas, laju loading, hasil yang meyakinkan. Itu cara kami bina website.
Kami percaya website adalah langkah awal untuk sesuatu yang lebih besar.
Sama ada anda nak bantu keluarga, bebas masa, atau bina legasi — semuanya boleh bermula dengan satu laman web yang betul.
Nilai & Misi Syarikat
Kami Tak Sekadar Buat Website Design — Kami Bina Reputasi Digital Anda
Setiap projek web design kami dimulakan dengan niat yang jelas — bantu anda sampaikan mesej, naikkan kepercayaan pelanggan, dan jimatkan masa anda urus bisnes.
Kami percaya setiap laman web yang dibina dengan jujur, strategi dan niat baik — akan jadi aset yang bawa hasil berterusan, bukan sekadar “hiasan digital”.
Bina Website Profesional Yang Boleh Meningkatkan Jualan Anda
Saya tak buat website asal boleh. Saya buat yang kemas, laju, responsive, dan boleh bantu naikkan trust bisnes anda. Sesuai untuk korporat, peniaga online, atau sesiapa yang serius nak grow bisnes.
Website anda direka ikut identiti bisnes — bukan copy paste dari template orang lain.
Kami bina website bukan sekadar cantik — tapi yang bantu tingkatkan trust & convert pelawat jadi pelanggan.
Laju, ringan & responsive di semua peranti. Pelanggan boleh akses tanpa ‘jammed’.
Nak tukar gambar, ayat, harga — senang je! Kami guna sistem yang mesra pengguna.
Struktur website kami ikut teknik SEO asas supaya lebih mudah naik di Google.
Kami bantu letakkan butang WhatsApp, borang hubungi, dan CTA yang jelas — supaya pelawat mudah hubungi anda & tindakan lebih cepat berlaku.
Jangan risau lepas siap. Kami masih ada untuk bantu, troubleshoot atau update bila perlu.
Lagi Banyak Servis, Lagi Mudah Urus Bisnes Anda
Kami bukan sekadar bina website. Kami juga sediakan servis tambahan untuk bantu bisnes anda berkembang — dari content, SEO, branding, hingga pemasaran digital. Semua di bawah satu bumbung.
Biar Orang Ingat Brand Anda
Bagaimana Kami Bantu Klien Gandakan Jualan Seawal 1 Bulan
Salah seorang klien kami, pemilik jenama pakaian tempatan, datang dengan cabaran biasa — pelanggan banyak tanya di WhatsApp, tapi proses jual beli ambil masa dan kucar-kacir.
Kami bina satu website dan landing page, lengkap dengan: Sistem tempahan mudah
Design kemas ikut jenama
Setup SEO asas & Google Business
Hasilnya? Trafik naik berkali ganda dalam masa beberapa hari
Jualan naik berkali ganda
Kurang 70% mesej ulang tanya — sebab info dah lengkap dalam website.
Kalau anda pun nak mudahkan proses jual beli, bina kepercayaan & jimat masa — website yang betul adalah jawapannya.
Website Adalah Aset Digital Bisnes Anda
Kenapa Web Design Penting Untuk Bisnes?
Ramai usahawan ada website, tapi tak semua tahu fungsi sebenar. Website yang kami bina bukan hanya nampak lawa — tapi dibina untuk bantu anda dapat lebih prospek, naikkan kredibiliti dan urus bisnes dengan lebih teratur.
Majoriti pelanggan akan “Google” dulu sebelum membeli. Website anda adalah ‘wajah’ bisnes anda. Kami bantu bina laman yang responsif, kemas dan mesra pengguna – supaya pelanggan yakin untuk pilih anda.
Ramai ada website tapi tak dapat hasil. Kenapa? Sebab website tu tak ada fokus & tak ajak pelawat bertindak.
Kami bina website yang bukan saja kemas — tapi ada flow yang bantu pelawat jadi pembeli, dan brand anda nampak trusted.
Website Cantik jer Tak Cukup
Website Yang Dibina Dengan Strategi — Bukan Sekadar Cantik
Ramai orang fikir website sekadar ‘tempat tunjuk info’. Tapi hakikatnya, website yang dibina dengan betul boleh bantu anda:
– Nampak lebih dipercayai
– Dapat lebih pelanggan
– Jimat masa urus bisnes
Kami gabungkan design + pengalaman pengguna + strategi supaya website anda berfungsi untuk capai matlamat bisnes.
Banyak Tips & Ilmu Menarik Kat Sini – Jom Baca Blog Saya!
Dalam blog ni, saya kongsikan pelbagai tips, idea, dan pengalaman sebenar tentang dunia digital, bisnes, dan branding — semua ditulis dengan bahasa yang santai dan mudah faham.
FAQ berkenaan Web Design
Soalan Yang Paling Kerap Ditanya Pelanggan Kami
Kalau anda tengah fikir nak bina website tapi masih ada persoalan — anda bukan seorang. Ramai klien kami pun mulanya tertanya-tanya: “Berapa bajet sesuai?”, “Saya tak pandai IT, boleh handle ke?”, dan macam-macam lagi.
Jadi kami susun semua soalan lazim kat sini — supaya anda lebih yakin sebelum buat keputusan.
Kos bergantung pada jenis website dan fungsi yang anda perlukan. Harga boleh bermula dari RM900 untuk landing page, dan meningkat jika anda perlukan sistem e-commerce atau design custom. Hubungi kami untuk dapatkan sebut harga ikut bajet anda.
Landing page biasa ambil masa 3–5 hari. Website korporat sekitar 1–2 minggu. Kalau ada sistem custom atau e-commerce, biasanya ambil masa 3–5 minggu. Tapi semua ni bergantung juga pada kelancaran komunikasi dan bahan yang disediakan.
Boleh! Kami guna sistem yang mesra pengguna (CMS). Anda boleh tukar gambar, ayat atau tambah produk sendiri. Kami juga beri panduan atau video tutorial ringkas jika perlu.
Boleh, tiada masalah. Kami boleh setup website atas domain dan hosting sedia ada anda — cuma pastikan akses login tersedia.
Tak. Kami buat design ikut identiti bisnes anda — bukan guna template ‘copy-paste’. Setiap projek kami custom ikut keperluan & gaya anda.